PFAM terima laporan tunggakan gaji Kelantan FC

SAFEE
SAFEE
A
A
A

PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan sudah menerima laporan membabitkan tunggakan gaji pemain Kelantan FC.

Presiden PFAM, Safee Sali berkata, pihaknya akan berhubung dengan pengurusan Kelantan FC bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum sebarang tindakan diambil.

“Memang ada laporan pasal kes Kelantan FC... jadi saya harapkan pemain lain berani ke depan membuat laporan supaya boleh buat perbincangan selanjutnya.

“Bukan kita mahu cari kesalahan tetapi kita cuba selesaikan dengan cara baik untuk kebaikan kedua dua belah pihak di mana kita nak capai kata sepakat dan kata setuju.