Mayat warga emas jatuh sungai ditemui

Mayat mangsa diangkat ke tebing oleh pasukan penyelamat petang tadi.
Mayat mangsa diangkat ke tebing oleh pasukan penyelamat petang tadi.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Mayat lelaki warga emas dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari Jambatan Sungai Kerian ditemui terapung 200 meteri dari lokasi kejadian, kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, Ahmad Rossyed Isa berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat lelaki terjatuh dalam Sungai Kerian pada jam 9.30 pagi semalam.

"Usaha mencari segera dijalankan dan disambung pagi ini jam 9 pagi dengan dibantu oleh unit Pasukan Penyelamat dan Air (PPDA) Kuala Kangsar dengan melakukan 'water searching'.

"Mangsa telah ditemui terapung 200 meter dari tempat kejadian oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa berusia 65 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.40 petang.

Artikel Berkaitan: