Ambil tindakan jika biar lembu berkeliaran

 Seh Yong (enam kiri) bersama Ahli Majlis dan penduduk di Bulatan Temiang.
Seh Yong (enam kiri) bersama Ahli Majlis dan penduduk di Bulatan Temiang.
A
A
A

SEREMBAN - Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik lembu di kawasan perumahan Temiang yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran hingga ke Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

ADUN Lobak, Chew Seh Yong berkata, tindakan diambil bagi menghalang haiwan berkenaan mengganggu pengguna lebuh raya, sekali gus mengelak kemalangan.

"Perkara ini dianggap serius kerana bukan seekor dua tetapi lebih 10 ekor," katanya ketika ditemui di Bulatan Temiang berhampiran Lebuhraya Lekas, semalam.

Justeru, beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai untuk tindakan lanjut.

Gambar beberapa ekor lembu yang dirakamkan penduduk berkeliaran di Lekas.
Gambar beberapa ekor lembu yang dirakamkan penduduk berkeliaran di Lekas.

"Isu ini turut berada dalam pengetahuan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

"Sebagai peringatan, pemilik ternakan ini akan diberikan amaran sebelum tindakan tegas dilakukan," katanya.

Sementara itu, penduduk, Chen Ling Sang, 55, sempat merakamkan video lembu berkeliaran di Lebuhraya Lekas, kelmarin.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perkara tersebut boleh mengundang bahaya kepada penduduk dan pengguna lebuh raya.