Malaysia akan ambil tindakan tegas

Kenyataan berhubung kes tuntutan Sabah.
Kenyataan berhubung kes tuntutan Sabah.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang didapati menyediakan bahan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada waris Kesultanan Sulu.

Menurut Sekretariat Khas Sulu, Malaysia akan terus mengambil semua langkah proaktif untuk mengukuhkan kedaulatan dan melibatkan semua pihak berkepentingan dalam usaha mempertahankan kesucian timbang tara di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan akan mempertahankan dan memberi sokongan penuh kepada pegawai kerajaan yang akan melaksanakan tugas mereka dalam tuntutan ini termasuk Peguam Negara bagi menjaga kedaulatan Sabah.

“Ini menyangkal percubaan mana-mana pihak yang mencabar kesahihan Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia seperti telah ditentukan oleh Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 29 Mei 2023, Jabatan Peguam Negara menerima surat daripada Paul Cohen, peguam bela mewakili waris kepada Sultan Sulu yang mangkat dan menuntut pembayaran segera Final Award yang berjumlah AS$16.412 bilion (termasuk 10 peratus faedah), AS$4,026,592.64 kos timbang tara dan AS$3,502,394.24 undang-undang bayaran peguam.

Menurut Sekretariat Khas Sulu, dakwaan Kerajaan Malaysia telah gagal untuk mematuhi Final Award seperti yang dikatakan oleh Dr Gonzalo Stampa adalah keterlaluan.

Jelasnya, dakwaan dan sindiran yang dibuat dalam surat langsung tidak mencirikan kedudukan undang-undang negara dan secara tidak tepat memfitnah Kerajaan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia menafikan semua dakwaan dan sindiran yang dibuat dalam surat yang dihantar oleh Paul J Cohen kerana ia tidak mencirikan kedudukan undang-undang negara ini.

“Peguam Negara telah menyenaraikan semua fakta tuntutan yang tidak dapat dipertikaikan oleh mereka,” katanya.