'Ambil tindakan segera terhadap Ahmad Zahid' - Khairil Nizam

Kenyataan dikeluarkan Khairil Nizam pada Selasa. Khairil Nizam (kiri).
Kenyataan dikeluarkan Khairil Nizam pada Selasa. Khairil Nizam (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pengumuman peruntukan khas kepada tiga badan sosial di Terengganu yang didakwa sebagai sogokan sempena pilihan raya negeri (PRN) bakal diadakan pada 12 Ogos ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, jelas dan nyata bahawa budaya korupsi masih menebal dalam diri pemimpin-pemimpin utama di negara.

Katanya, jangan kerana ahli politik berkenaan adalah pemimpin negara, semua pihak menutup sebelah mata dan takut untuk mengambil tindakan.

"Jika benar seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tegaskan bahawa pemberian geran inisiatif kerajaan bukan suatu rasuah namun kes ini berlainan.

"Ahmad Zahid menyalahgunakan inisiatif kerajaan dengan syarat ia akan dilanjutkan seandainya undi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Jumaat lalu, Ahmad Zahid dalam ucapan semasa program Sentuhan Kasih Desa di Terengganu mengumumkan tambahan peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Selain itu, beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri tersebut.

Tambah Khairil Nizam, pengumuman itu dibuat sehari sebelum hari pencalonan dalam program politik bersama anak muda di Terengganu.

"Malah selepas pengumuman itu, Ahmad Zahid menyebut, 'itu baru saya, lepas ni Perdana Menteri naik (Terengganu) dia akan top-up, dia akan tambah, asalkan pada 12 haribulan Ogos nanti, para belia mengikut gelombang biru dan merah yang ada di negeri Terengganu'.

"Selain itu, saya tegaskan bahawa kita sentiasa perjuangkan untuk Malaysia bebas daripada layanan dua darjat terhadap isu rasuah ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu dakwaan sogokan: Aswa pertikai tindakan Azam Baki

Tindakan Zahid umum peruntukan di Terengganu tiada kaitan PRN - Anwar

'Pemberian geran inisiatif kerajaan, tiada unsur rasuah' - Azam Baki

'Tindakan Ahmad Zahid umum peruntukan dengan syarat mengundi jelas rasuah'

Pemuda Pas Terengganu lapor SPRM dakwa ucapan Zahid berbaur sogokan

Muda lapor polis dakwa ceramah Ahmad Zahid ada unsur sogokan

‘Jelas ini sogokan untuk beli undi’ - Syed Saddiq

'Ini adalah sogokan' - KJ

Bantuan belia: Zahid selar tuduhan Syed Saddiq