MPK wujud polisi antirasuah kakitangan, pihak berkepentingan

Noraini
Noraini
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) membangunkan polisi antirasuah mengguna pakai 'dasar toleransi sifar' terhadap segala bentuk aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan semua kakitangan dan pihak berkepentingan.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, usaha itu dilakukan bagi mendokong matlamat MPK ke arah membangunkan perkhidmatan cekap dan berintegriti, berakauntabiliti dan telus.

Jelas beliau, polisi antirasuah itu juga merupakan penambahbaikan kepada usaha sedia ada MPK dalam mengatasi kelemahan tadbir urus dan pelanggaran integriti.

Antara kandungan dalam polisi antirasuah ialah pengurusan MPK komited dalam mematuhi keperluan seperti yang ditetapkan dalam standard Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan menjadi kewajipan warga kerja MPK untuk mematuhinya," katanya pada Mesyuarat MPK pada Isnin.

Beliau berkata, beberapa perkara diberi tumpuan dalam memerangi rasuah selain mengekalkan persekitaran kerja bebas daripada gejala itu membabitkan warga kerja dan pihak berkepentingan.

"Antara tumpuan utama ialah mewujudkan program yang boleh mengenal pasti, menganalisa, mencegah dan melaksana bagi mencapai objektif ABMS," kata beliau.

Ujar beliau, selain itu polisi antirasuah juga turut menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan mengenai sebarang kelakuan tidak beretika, aktiviti berunsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui polisi perlindungan pemberi maklumat dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

"Penyataan polisi antirasuah ini terpakai kepada pihak Pengurusan Tertinggi MPK, Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan MPK dan juga kepada semua kontraktor, pembekal, subkontraktor, pembekal, konsultan, ejen, wakil dan lain-lain pihak yang menjalankan kerja atau perkhidmatan di MPK.

Artikel Berkaitan:

"Semua pihak tersebut perlu mematuhi bahagian yang berkaitan dengan polisi ini apabila melakukan sesuatu kerja atau perkhidmatan," kata beliau.