Khairul Aming terharu, pengikut kongsi momen bahagia masak resipi puding karamel

Khairul Aming (kiri) menangis melihat video pengikutnya yang gembira apabila berjaya mencuba resipi puding karamel.
Khairul Aming (kiri) menangis melihat video pengikutnya yang gembira apabila berjaya mencuba resipi puding karamel.
A
A
A

SHAH ALAM – Sebuah video ringkas berdurasi 10 saat yang dimuat naik pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming telah menarik perhatian ramai apabila memaparkan momen rakyat Malaysia mencuba resipi puding karamel bersama keluarga dan rakan-rakan.

Video tersebut menonjolkan kegembiraan, gelak tawa, dan keakraban yang tercipta ketika mereka memasak bersama.

Dalam video itu juga, Khairul Aming yang juga dikenali sebagai KA kelihatan menangis, terharu melihat pengikutnya berkongsi momen bahagia bersama orang tersayang.

Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai simbol perjalanan sebagai 'content creator' serta hubungan yang terjalin dengan peminat.

"Tahun lepas i was alone dalam rumah sewa, buat video masak yang tak tahu ada orang tengok ke tak.

"Tahun demi tahun kita mula kenal satu sama lain. Ada yang dari zaman belajar sekarang dah kerja, ada yang bujang sekarang dah kahwin, ada yang dah jadi mak ayah, dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita," katanya.

Tambah beliau, walaupun kini sudah tidak dapat mencipta momen seperti itu bersama arwah bapa, melihat pengikutnya gembira memasak bersama keluarga memberikan erti yang sangat besar.

"Saya dah tak boleh create moments ini dengan arwah ayah, tapi bila tengok korang happy masak dengan family, that means the world to me.

"Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih guys for everything," ulasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, peminatnya turut meninggalkan ucapan terima kasih di ruang komen.

Aeydhaamialid memberitahu, resipi KA dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Thank you juga KA sebab resipi awak, banyak keluarga yang spend time sama-sama. Terus berjaya KA," katanya.

"Tak mahu lah nangis seorang, jom nangis bersama- sama. Bukan momen saja dapat, pahala pun KA dapat sebab bantu orang," ujar saidah.umar.94.

Bagi Raznuraina pula, detik melihat KA menangis pada awal video sangat mendebarkan namun rupa-rupanya ia adalah air mata kegembiraan.

Ringkasan AI

  • Video ringkas Khairul Aming tentang puding karamel menarik perhatian ramai
  • Momen kebersamaan saat memasak menunjukkan kegembiraan dan keakraban
  • Khairul Aming terharu melihat pengikutnya berkongsi kebahagiaan bersama keluarga
  • Pengalaman itu simbol perjalanan Khairul Aming sebagai content creator dan hubungannya dengan peminat
  • Peminat meninggalkan ucapan terima kasih, mengakui resipi Khairul Aming mengeratkan hubungan kekeluargaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!