Kes baling pisau: Remaja perempuan direman enam hari

Remaja berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru kira-kira 9.30 pagi sebelum terus dibawa ke bilik reman.
Remaja berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru kira-kira 9.30 pagi sebelum terus dibawa ke bilik reman.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang remaja perempuan ditahan reman selama enam hari mulai hari ini (Khamis), bagi membantu siasatan atas tindakannya membaling pisau kepada adik lelakinya hingga maut, di rumah mereka di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, pada Rabu.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret, Nurmadiana Mamat setelah meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, bagi siasatan lanjut terhadap kes berkenaan.

Rabu lalu, remaja berusia 18 tahun itu dikatakan bertindak membaling pisau kepada adik lelakinya yang berusia 16 tahun apabila diejek setelah tiba rumah kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Adik lelakinya itu kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, hari ini (Khamis).

Sebelum itu, remaja berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, sekitar 9.30 pagi sebelum terus dibawa ke bilik reman.

Bagaimanapun, remaja yang masih bersekolah dalam tingkatan enam di sebuah sekolah di Gelang Patah itu kelihatan keliru setelah perintah reman berkenaan dikeluarkan terhadapnya.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berebut tempat duduk, remaja 16 tahun maut ditikam kakak

Artikel Berkaitan: