Pemandu e-hailing didakwa bunuh kanak-kanak

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki pada 2 Oktober lalu.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki pada 2 Oktober lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun pada 2 Oktober lalu.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh Chan Wen Jie, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R Salini.

Mengikut pertuduhan, Wen Jie didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan di Taman Skudai Ria, Skudai kira-kira jam 8 hingga 8.30 malam pada 2 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh diwakili peguam K Veeranesh Babu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan kimia pada 17 November depan.

Pada 3 Oktober lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan maut dipercayai didera ketika di bawah jagaan kenalan bapanya serta pembantu rumah lelaki itu.

Artikel Berkaitan:

Bapa mangsa yang bekerja di Singapura dan ibunya bekerja di Batu Pahat meminta bantuan daripada lelaki tersebut untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lalu.

Sementara itu, di mahkamah yang sama seorang pembantu rumah warga Indonesia, mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Yuliana didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis.
Yuliana didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis.

Yuliana 40, didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi yang sama pada kira-kira jam 10.15 pada 3 Oktober lalu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mahkamah kemudiannya, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas tertuduh.