Guru ditahan bersama syabu, alat hisap dadah

Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah ditahan bersama sepaket dadah disyaki syabu berserta beberapa peralatan menghisap dadah pada Khamis. Gambar kecil: Azahar
Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah ditahan bersama sepaket dadah disyaki syabu berserta beberapa peralatan menghisap dadah pada Khamis. Gambar kecil: Azahar
A
A
A

SEREMBAN - Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah ditahan bersama sepaket dadah disyaki syabu berserta beberapa peralatan menghisap dadah di sekitar daerah ini, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban kira-kira jam 3.30 petang di sebuah rumah di daerah ini.

"Suspek merupakan guru di sebuah sekolah kebangsaan di Nilai.

"Dalam serbuan berkenaan, polis merampas sepaket plastik lut sinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah berbahaya jenis syabu atau methamphetamine," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, dadah berkenaan dianggarkan seberat 3.63 gram dan turut ditemui bersama suspek beberapa peralatan yang diubah suai disyaki untuk menghisap dadah.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati mengandungi kesan penggunaan dadah jenis methamphetamine.

"Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

"Polis, khususnya IPD Seremban, terus komited dalam membanteras aktiviti dadah dengan lebih agresif bagi memastikan masyarakat bebas daripada ancaman dadah," katanya.

Beliau berkata masyarakat juga diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah ditahan bersama sepaket dadah disyaki syabu
  • Ditahan di sebuah rumah di Seremban kira-kira jam 3.30 petang
  • Guru tersebut mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Nilai
  • Dadah yang dirampas dianggarkan seberat 3.63 gram
  • Suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!