Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera pengasuh

Kamarul Zaman tiba di rumah suspek di Taman Skudai di sini pada malam Isnin.
Kamarul Zaman tiba di rumah suspek di Taman Skudai di sini pada malam Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera pengasuh yang merupakan kenalan bapa mangsa di Taman Skudai di sini pada Ahad.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa yang bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam.

Katanya, aduan itu dibuat bapa mangsa sejurus dimaklumkan mengenai perkara terbabit daripada kenalan bapa mangsa yang juga suspek.

"Susulan daripada laporan diterima itu, suspek berusia 28 tahun dan pembantu rumah warga asing 40 tahun ditahan pada Isnin.

"Mangsa dan adik lelakinya berusia setahun dihantar untuk dijaga oleh suspek dengan bayaran RM2,800 sebulan. Bapa mangsa bekerja di Singapura manakala ibunya bekerja di Yong Peng.

"Kedua-dua kanak-kanak ini telah dijaga hampir tiga bulan oleh suspek dan juga pembantu rumah. Suspek juga mempunyai dua orang anak berusia tujuh hingga lima tahun," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada malam Isnin.

Kamarul Zaman
Kamarul Zaman

Menurut Kamarul Zaman, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dipercayai terdapat beberapa luka dan lebam di beberapa anggota mangsa dipercayai akibat didera namun tiada kecederaan pada pada adik mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Polis akan mendapatkan keterangan daripada beberapa pihak termasuk rakan dan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dibedah siasat. Proses bedah siasat akan dilakukan pada Selasa," katanya.

Tambahnya, suspek yang bekerja sebagai jurujual mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman kedua suspek di mahkamah pada Selasa.

"Siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi memastikan dalang yang menyebabkan punca kematian kanak-kanak malang itu dibawa ke pengadilan," katanya.