Bapa dipenjara, ibu bawa diri antara punca tidak daftar kelahiran anak - KDN

Saifuddin Nasution (tiga dari kiri) pada program MEKAR JPN di Kampung Kampung Simpol Belubang, Machang pada Sabtu. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Saifuddin Nasution (tiga dari kiri) pada program MEKAR JPN di Kampung Kampung Simpol Belubang, Machang pada Sabtu. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

MACHANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan masalah keluarga seperti bapa dipenjarakan, ibu membawa diri serta perkahwinan yang tidak didaftarkan antara faktor utama menyebabkan kelahiran anak tidak didaftarkan secara rasmi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan kes berpunca daripada konflik dan kerumitan hubungan keluarga yang akhirnya memberi kesan kepada status dokumentasi anak.

"Kebiasaannya masalah keluarga. Contohnya kelahiran berlaku tetapi bapa masuk penjara atau sama ada bapa atau ibu membawa diri tanpa sebarang berita.

"Ada juga yang salah faham dengan menganggap pendaftaran kelahiran memerlukan bayaran, sedangkan hakikatnya ia adalah percuma," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kampung Simpol Belubang di sini pada Sabtu.

Pada program tersebut, beliau menyampaikan MyKad dan sijil kelahiran kepada sembilan sekeluarga.

Menurut beliau, terdapat juga kes melibatkan perkahwinan yang tidak didaftarkan sehingga menyebabkan ibu tidak tahu ke mana hendak mendapatkan bantuan bagi urusan pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, situasi berkenaan menyumbang kepada sekitar 12,000 hingga 13,000 kes setahun di seluruh negara.

"Apabila kita buat profil kes-kes ini, keputusan kita jelas bahawa ia tidak boleh diselesaikan hanya dengan menunggu mereka datang ke pejabat.

"Sebaliknya, mereka perlu didampingi dan dibantu secara proaktif supaya anak-anak ini tidak terus terpinggir daripada hak asasi sebagai warganegara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution memberitahu sejak 2022 hingga tahun ini merekodkan lebih 49,000 kes kelewatan daftar sijil kelahiran dan lebih 20,000 kes kelewatan daftar MyKad.

Ujarnya, daftar lewat kelahiran merekodkan sekitar 12,000 hingga 13,000 kes setahun, iaitu kira-kira 1,000 kes sebulan di seluruh negara.

Menurut beliau, pada masa yang sama terdapat pihak yang salah faham dan tidak mendaftar kerana menyangka ia melibatkan kos kewangan.

"Walaupun pendaftaran tidak memerlukan bayaran," katanya.

Ringkasan AI

  • Kementerian Dalam Negeri mendedahkan, masalah keluarga menjadi faktor utama kelahiran tidak didaftarkan
  • Masalah tersebut termasuk bapa dipenjarakan, ibu membawa diri, dan perkahwinan yang tidak didaftarkan
  • Kebanyakan kes dipengaruhi oleh konflik dan kerumitan dalam hubungan keluarga
  • Ada kesalahfahaman pendaftaran kelahiran melibatkan bayaran padahal ia percuma
  • Lebih 49,000 kes kelewatan daftar sijil kelahiran dan lebih 20,000 kes kelewatan daftar MyKad direkodkan sejak 2022

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!