Perbincangan bawa masuk pekerja Kemboja tidak terjejas

Datuk Seri M Saravanan. - Foto Bernama
Datuk Seri M Saravanan. - Foto Bernama
A
A
A

TAPAH - Kes-kes berkaitan pekerja warga Malaysia menjadi mangsa penipuan di Kemboja yang dilaporkan media sejak kebelakangan ini, tidak menjejaskan perbincangan bagi membawa masuk pekerja dari negara itu ke Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata, kes-kes penipuan seumpama itu boleh berlaku di mana-mana negara, bukan setakat di Kemboja sahaja kerana ia di luar jangkaan sesiapa.

"Ia tidak menjejaskan perbincangan kerana disifatkan sebagai kes khas atau terpencil... tetapi kita akan cari penyelesaian secara berhemah,” kata Anggota Parlimen Tapah itu selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum PRU ke-15 (PRU15) Parlimen Tapah di sini pada Ahad yang disempurnakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah, Ishsam Shahruddin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan pada 9 September lepas mengenai 24 rakyat Malaysia berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Phnom Penh Kemboja berjaya diselamatkan dan kembali ke tanah air.

Ogos lepas Timbalan Presiden MIC itu dilaporkan berkata Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja pada bulan September. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!