Ibu ditikam anak perempuan dengan alat pembuka tin

Polis menjalankan siasatan di rumah seorang wanita warga emas yang ditikam anak perempuannya.
Polis menjalankan siasatan di rumah seorang wanita warga emas yang ditikam anak perempuannya.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang wanita warga emas ditikam anak perempuannya dalam kejadian di Kampung Segineh, Inas, Johol di sini pada Jumaat.

Mangsa yang berusia lingkungan 80-an dipercayai ditikam pada bahagian leher dengan alat pembuka tin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam jam 7.08 malam.

"Orang awam memaklumkan satu kes pergaduhan telah berlaku di lokasi.

"Hasil siasatan, suspek telah menikam leher ibunya sendiri menggunakan senjata tajam yang dipercayai alat pembuka tin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa berusia lingkungan 80-an telah dibawa ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil serta masih dalam pemantauan pihak hospital.

Jelasnya, suspek berusia 50-an merupakan anak kandung mangsa telah pun ditahan untuk membantu siasatan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kemungkinan suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda berbahaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999.

 

Ringkasan AI

  • Wanita warga emas parah ditikam anak perempuannya di Kampung Segineh, Inas, Johol
  • Mangsa ditikam pada leher dengan alat pembuka tin
  • Polis menerima maklumat kejadian pada jam 7.08 malam
  • Suspek berusia 50-an telah ditahan untuk siasatan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!