‘Abah nak balik, berulang kali sebut nak rehat di akhirat – Anak Muryidul Am Pas

Hashim yang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut. - Foto: Tiktok Husna
Hashim yang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut. - Foto: Tiktok Husna
A
A
A

KANGAR – Luahan menyentuh hati anak kepada Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, mengundang sebak dan doa orang ramai apabila beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Husna Hashim meluahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di TikTok yang memaklumkan bapanya beberapa kali menyuarakan hasrat untuk pulang dan berehat.

“Abah beritahu dia nak balik. Berulang kali juga abah sebut, abah nak rehat di akhirat. Abah kata dia sayang semua anak-anak abah. Kami pun sayang abah. Semoga abah cepat sihat,” katanya yang dipetik menerusi video berdurasi 26 saat itu.

Dalam video berasingan di akaun TikTok Husna, beliau memaparkan Hashim, 87, yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut.

Hashim yang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut. - Foto: Tiktok Husna
Hashim yang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut. - Foto: Tiktok Husna

Sementara itu, akaun rasmi Mursyidul Am Pas turut memaklumkan beliau sedang menerima rawatan di hospital dan memohon semua pihak melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan serta kesejahteraannya.

“Buat masa ini, Tuan Guru tidak dapat menerima kunjungan ziarah kerana keadaan tidak mengizinkan. Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” menurut kenyataan di laman media sosial tersebut.

Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada 16 September tahun sama.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Luahan anak Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, mengundang sebak dan doa orang ramai saat beliau rawat di Hospital Pulau Pinang
  • Husna Hashim berkongsi di TikTok ayahnya berulang kali menyatakan hasrat untuk pulang dan berehat
  • Hashim, berusia 87 tahun, menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut
  • Akaun rasmi Mursyidul Am Pas memohon doa kesembuhan dan solat hajat untuk Hashim
  • Hashim Jasin dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!