Jangan salahkan bekas ahli lembaga TH: Mufti Pahang

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan tidak seharusnya menyalahkan sepenuhnya bekas pengurusan tertinggi lembaga Tabung Haji (TH) berhubung salah guna kuasa yang didakwa melakukan penyelewengan.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, akibat daripada tuduhan itu menyebabkan umat Islam di negara ini sudah mula tidak mempercayai sebuah institusi kewangan Islam yang kukuh sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan seharusnya melakukan penyiasatan terlebih dahulu sebelum melakukan tuduhan bahawa kesemua bekas ahli lembaga TH terlibat dalam salah guna kuasa.

"Salah urus tadbir ini saya tidak setuju kerana kita tidak nampak penyelewengan yang nyata dan ahli-ahli lembaga yang dipilih merupakan orang yang bagus yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Hibah TH: Pemuda Pas minta jawapan sebenar menteri

Kadar hibah TH dijangka lebih rendah bagi tahun akan datang

"Kegagalan TH bukan kerana kegagalan pengurusan tetapi adalah susut nilai (kewangan) dan untung rugi dalam perniagaan itu adalah perkara biasa.

Artikel Berkaitan:

"Kita ambil contoh seperti kerugian kelapa sawit, adakah kegagalan kelapa sawit ini berpunca dari ahli lembaga? Tidak tetapi dunia yang tidak mahu membeli minyak sawit, itulah yang sepatutnya kita fahami apa yang terjadi dalam TH," katanya kepada Sinar Harian.

TH pada Jumaat mengumumkan kadar hibah 1.25 peratus yang disifatkan terendah dalam sejarah lembaga itu.

Berikutan itu, pelbagai reaksi timbul yang antara lain mempersoalkan kadar itu dan juga kenyataan menteri yang didakwa hanya menyalahkan kerajaan terdahulu semata-mata.