Ahmad Dusuki kalah saman kes aset Tabung Haji

Mohd Zulhazmi (tiga dari kiri) bersama peguam di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Isnin.
Mohd Zulhazmi (tiga dari kiri) bersama peguam di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani kalah saman terhadap Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Mohd Zulhazmi Hassan atau Jeming berkait isu aset Tabung Haji (TH) yang didakwa dijual kepada orang bukan Islam.

Saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki berhubung satu video yang dimuat naik Mohd Zulhazmi bagi menuntut permohonan maaf kerana pendakwah bebas itu didakwa memfitnah aset TH dijual kepada orang bukan Islam ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah sebelum ini.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Isnin menolak rayuan Ahmad Dusuki dan memerintahkan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Mohd Zulhazmi.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Roslan Abu Bakar selepas mendapati bahawa video Mohd Zulhazmi tersebut bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Roslan turut mendapati bahawa kenyataan Dusuki itu boleh memberikan kesan negatif kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 30 Ogos 2022 lalu dengan menolak tuntutan Ahmad Dusuki dan kos sebanyak RM10,000 dikekalkan.

Ahmad Dusuki diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob sementara Mohd Zulhazmi oleh Faiz Fadzil.

Artikel Berkaitan: