Najib luah rasa tidak selesa

Najib ketika keluar dari Kompleks Mahkamah untuk bertemu para penyokongnya yang setia menunggu di luar selepas mahkamah berehat seketika bagi prosiding pendengaran rayuan terakhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa bahawa situasi yang dihadapi membuatkannya berasa tidak selesa.

Ketika memberi kenyataan sebelum mahkamah menjatuhi hukuman, bekas Perdana Menteri itu berkata, timbul perasaan ragu-ragu sama ada beliau akan mendapat peluang yang adil untuk dibebaskan daripada ujian itu.

Menurutnya, tidak pernah ada satu kes dalam sejarah undang-undang di Malaysia, di mana peguam dalam perbicaraan jenayah atau rayuan dihalang daripada melepaskan dirinya daripada mewakili anak guamnya.

“Sepanjang prosiding berlangsung minggu lalu, saya dapati peluang saya untuk mengecapi kejayaan pada rayuan ini perlahan-lahan terhakis.

“Bukan kerana kekurangan merit tetapi kerana saya tidak diwakili,” katanya di hadapan lima panel diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Artikel Berkaitan: