Mahkamah tolak permohonan Najib singkir Ketua Hakim Negara

Najib sebelum ini membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.
Najib sebelum ini membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat daripada prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana Syarikat SRC International yang dikenakan terhadapnya.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Tengku Maimun berkata, permohonan yang dibuat oleh Najib tidak bermerit.

Selain itu katanya, mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan wujudnya bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan isu berat sebelah.

“Saya tidak nampak sebarang bahaya berat sebelah yang mencukupi untuk saya menarik diri,” katanya.

Tengku Maimun kemudiannya, mengarahkan mahkamah meneruskan prosiding untuk rayuan akhir Najib.

Artikel Berkaitan: