Ribut petir, hujan lebat diramal landa lapan negeri

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri hingga 6 petang ini. Foto hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri hingga 6 petang ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron) serta Selangor (Kuala Selangor, Gombak dan Petaling).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan meliputi Seremban, Kuala Pilah dan Rembau manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Di Sarawak, kawasan terkesan termasuk Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Matu) dan Kapit (Song) serta di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Tongod). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri hingga 6 petang ini
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk
  • Melibatkan Perlis, Kedah, Pahang, dan Selangor
  • Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan Sabah turut terkesan
  • Kawasan spesifik termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Tanah Tinggi Cameron, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Pantai Barat, Tawau, dan Sandakan terlibat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!