Otai Reformis 1998 sokong penduduk Kampung Sungai Baru pertahan hak

Abdul Razak (dua dari kanan) bersama anggota Otai Reformis 1998 akan bersama-sama dengan penduduk mencari penyelesaian isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru.
Abdul Razak (dua dari kanan) bersama anggota Otai Reformis 1998 akan bersama-sama dengan penduduk mencari penyelesaian isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Otai Reformis 1998 akan bersama-sama penduduk Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu di sini mempertahankan hak tanah warisan mereka daripada diambil pemaju tanpa diberikan pampasan setimpal.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya meminta kerajaan berbincang semula dengan penduduk dan mencari penyelesaian isu pampasan yang mesti diberikan dengan kadar setimpal.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu pembangunan yang dirancang itu menyebabkan penduduk asal di kawasan tersebut merempat disebabkan tiada tempat tinggal.

"Pampasan diberikan rendah dengan keadaan lokasi berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang hanya dipisahkan dengan lebuh raya.

"Kadar pampasan diberikan tidak berbaloi dan mereka berhak mendapat kadar yang lebih selesa (baik) seperti rumah ganti jenis lot dengan kemudahan tiga bilik," katanya pada sidang akhbar solidariti bersama penduduk Kampung Sungai Baru pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Otai Reformis 1998, Mustapa Mansor.

Abdul Razak menambah, kadar pampasan ditawarkan antara RM198,000 hingga RM350,000 itu menyukarkan penduduk memulakan kehidupan baharu di bandar.

"Agak susah mendapatkan rumah di Kuala Lumpur atau dipinggir kota dengan harga di bawah RM550,000. Bagaimana pemaju boleh tawar harga kurang daripada Rm350, 000?

Artikel Berkaitan:

"Otai Reformis 1998 akan bersama dengan penduduk mempertahankan hak melainkan pemaju bersedia memberikan pampasan sewajarnya," katanya.

Pada hari sama, sebahagian kecil penduduk rumah teres Kampung Sungai Baru mengadakan sidang akhbar isu pengambilan tanah berkenaan bersama bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad pada Sabtu.

Mereka mendesak warta pengambilan tanah kawasan itu ditarik terlebih dahulu sebelum rundingan lanjut diteruskan bagi membolehkan perbincangan antara pemaju dan penduduk dapat dijalankan secara adil.