Sila log masuk terlebih dahulu.

Banjir: Penduduk Kampung Insaf hantar memorandum kepada MB Pahang 

A
A
A
Banjir: Penduduk Kampung Insaf hantar memorandum kepada MB Pahang

BERITA SEMASA 15 JUN 2023

Sekumpulan penduduk Kampung Insaf, Lanchang, Temerloh menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi memohon supaya kerajaan negeri menyediakan dan memindahkan mereka ke penempatan baharu susulan bencana banjir saban tahun.

Mereka mendakwa, tiada alternatif lain kecuali menyediakan penempatan baharu yang sesuai dan selamat bagi menyelesaikan masalah banjir yang terpaksa dihadapi oleh kira-kira 17 penduduk di kampung itu.

Memorandum itu diserahkan wakil penduduk dan diterima oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Wan Emril Nizam Wan Embong di pekarangan Wisma Sri Pahang pada Khamis, lapor Wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'Min Nik Min.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263611/edisi/pahang/tak-tahan-selalu-banjir-penduduk-rayu-diberi-penempatan-baharu

#BeritaSemasa #SinarHarian