Tragedi Christchurch: Islamofobia tanam kebencian

A
A
A

BILA dunia mendapat tahu serangan di dua buah masjid di Christchurch New Zealand Jumaat 15 Mac yang lalu, semua tergamam dalam kengerian.

Tragedi itu hampir dapat disaksi secara langsung pada saat kejadian. Bagaimana mungkin ini berlaku. Semua terfokus kepada siapa pembunuh yang tergamak melakukan keganasan teror ini. Membunuh 50 warga di dalam masjid pada hari Jumaat termasuk kanak-kanak semuda 3 tahun dan warga emas setua 71 tahun.

Setiap detik pembunuhan itu dirakam melalui livestreaming dengan kamera badan sengaja dipasang agar disaksikan langsung oleh seluruh dunia. Bagaikan melihat permainan video perang yang digilai anak muda sekarang, New Zealand yang dikenali antara negara teraman di dunia, mencatat sejarah yang paling pahit dan akan terpahat lama.

Kini persoalannya ialah siapa dan apa yang mendorong pembunuh kejam ini bertindak dengan sangat barbarik itu. Yang jelas ialah pembunuh sudah menyiapkan sebuah manifsto 74 muka surat untuk ditatapi dunia bagi menjelaskan kenapa beliau melakukan serangan tersebut.

Apa yang dapat dirumuskan ialah beliau menyatakan kebenciannya yang sangat mendalam terhadap kaum Muslimin yang dianggap pendatang untuk menguasai bumi bangsa kulit putih Eropah. Malah inspirasinya diambil daripada Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat, sebagai pencetus kebangkitan 'white supremacy' (kehebatan bangsa kukit putih ).

Istilah anti Muslim, anti imigran memenuhi manifestonya dengan kebencian yang mendalam khusus terhadap Islam dan Muslim. Puncanya jelas, ia adalah bermula daripada sebuah kempen Islamofobia iaitu menyebar ketakutan, kebencian dan prasangka buruk terhadap Islam dan Muslim umumnya. Kebencian lebih jelas terutama bila Muslimin dilihat sebagai kuasa geopolitik atau dianggap punca keganasan.

Istilah ini muncul pada awal abad 20, menjadi istilah yang baru dicetuskan sehingga menjadi istilah lazim walaupun belum diterima umum pada 1970-an, kemudian menjadi semakin tertonjol pada 1980-an dan 1990-an. Ia menjadi polisi awam bila terbit laporan berjudul Islamophobia: A Challange for Us All (1997) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Runnymede mengenai Muslim dan Islamofobia di Britain.

Pemimpin seperti Donald Trump dan bekas Setiausaha luar Boris Johnson, termasuk media Barat - adalah penyebar kempen kebencian terhadap Muslim dan Islam. Walaupun mereka menyatakan kecaman terhadap serangan di Christchurh itu, namun di tangan mereka sebenarnya berlumuran darah banyak nyawa tidak berdosa akibat sokongan mereka terhadap kempen Islamofobia.

Artikel Berkaitan:

Suprimasi kulit putih melihat Trump sebagai pemimpin yang memberi inspirasi. Catatan pembunuh di Christchurch itu jelas diungkap dalam manifestonya: "Trump adalah simbol pencetus kembali identiti kulit putih dan memiliki tujuan yang sama" ("a symbol of renewed white identity and common purpose”).

Jelas Islamofobia bukan lagi berada di pinggir malah telah berada di tengah-tengah polisi beberapa kerajaan negara Barat. John Bolton, pengerusi Institue Gatestone, juga penasihat keselamatan Trump, didapati dalam laporan NBC "mempromosi berita palsu dan anti Muslim". Beliau juga memberi amaran kononnya sedang meningkatkan gerakan mengambilalih Eropah oleh golongan jihadi (jihadist takeover) yang akan mengakibatkan proses kematian Golongan Kulit Putih (“Great White Death”).

Trump kini sedang meneruskan polisi anti Muslim. Beliau menyatakan dalam kempennya suprimasi kulit putih dengan mengatakan "Saya rasa Islam membenci kita". Beliau telah mengharamkan imigran dari negara Muslim dan mengehadkan bilangan pelarian Muslim untuk masuk ke Amerika Syarikat.

Pokoknya ideologi menyebar Islamofobia dan idea suprimasi kulit putih mempunyai jaringan antarabangsa untuk melaksanakan kempen anti Muslim. Mereka didukung dengan peruntukan kewangan, sokongan politik dan moral.

Penyokong seperti seorang fasis Tommy Robinson daripada English Defence League, adalah penggerak kempen anti Muslim. Beliau mendapat sokongan kewangan daripada kumpulan pemikir Amerika Syarikat, nasionalis ekstremis Australia dan Rusia. Ini termasuk Middle East Forum, David Horowitz Freedom Center dan Gatestone Institute, semuanya menyebarkan kepalsuan dan kebencian terhadap Muslim dan Islam.

Pokoknya ideologi menyebar Islamofobia dan ide suprimasi kulit putih mempunyai jaringan antarabangsa untuk melaksanakan kempen anti Muslim. Mereka didokong dengan peruntukan kewangan, sokongan politik dan moral. Penyokong seperti seorang fasis Tommy Robinson dari English Defence League, adalah penggerak kempen anti Muslim. Beliau mendapat sokongan kewangan dari kumpulan pemikir Amerika Syarikat, nasionalis esktrimis Australia dan Russia. Ini termasuk Middle East Forum, David Horowitz Freedom Center dan Gatestone Institute, semuanya menyebarkan kepalsuan dan kebenciaan terhadap Muslim dan Islam.

Kebanyakan negara barat tidak mengambil tindakan terhadap badan pemikir dan media yang menghasut kebencian ke atas Muslim. Mereka berpendirian kempen kebencian yang boleh membawa kepada keganasan ke atas Muslim hanyalah suatu amalan kebebasan pendapat. Anehnya bila ada boikot secara aman ke atas produk Israel dan mengkritik Zionisme, ia dianggap tindakan kriminal.

* Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu