Pahamin Rajab meninggal dunia alami serangan jantung

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.
Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi Ahad.
Azhar berkata, Pahamin, 77, dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.
"Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.
"Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London," katanya dalam video yang dimuat naik.
Azhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.
Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.
Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.
Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Kanak-kanak 12 tahun jatuh ketika berpaut pada pintu kereta, bapa ditahan polis
10 November 2026 04:57pmLori lima tan bawa barangan runcit terbalik, pemandu cedera ringan
10 November 2026 04:52pmPeniaga didakwa enam pertuduhan tipu RM782,380 francais Bubblebee palsu
10 November 2026 04:24pmTujuh lelaki termasuk remaja 16 tahun didakwa merusuh guna senjata rebut kawasan perniagaan
10 November 2026 03:57pmLima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh
10 November 2026 03:43pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pm8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pmKanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
09 November 2026 05:34pm- Iklan -- Iklan -
