Kegilaan arked permainan

Pac-Man adalah antara permainan yang popular selain Space Invaders, Tetris, Galaxian, Galaga dan Donkey Kong yang wajib dicuba jika mengunjungi arked permainan zaman dahulu.
Pac-Man adalah antara permainan yang popular selain Space Invaders, Tetris, Galaxian, Galaga dan Donkey Kong yang wajib dicuba jika mengunjungi arked permainan zaman dahulu.
A
A
A

ADA waktunya dalam hening malam dan ketika bersendirian di rumah, bunyinya yang beraneka itu terngiang-ngiang memagut ingatan. Demikian juga dengan cahaya lampunya yang berwarna-warni, yang bentuk rupanya berbeza-beza, daripada neon bermentol klasik dan statik sehinggalah kepada pancaran lampu moden daripada mesin-mesin yang berbagai-bagai juga rupanya.Ada kalanya bunyi dan lampu-lampu itu terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Demikianlah hebatnya penangan arked permainan – pusat 'riadah’ yang dari dahulu hingga sekarang kekal menjadi kegilaan.

Pada zaman remaja saya, arked permainan merupakan salah satu kuasa riadah yang dominan. Ia ada di kebanyakan bandar besar. Selalunya di kompleks beli-belah. Tetapi ada juga yang terletak di dalam kedai atau bangunan yang khusus untuknya. Nama yang selalu digunakan ialah ‘Pusat Hiburan Keluarga’.

Nama yang sekadar menyedapkan mata dan hati kerana di dalamnya jarang kita jumpa ahli keluarga yang berstatus emak, abah, datuk, nenek dan sebagainya ikut bermain. Kalau ada pun, mereka sekadar menemani anak cucu beriadah di situ.

Saya tidak ingat bila dan bagaimana saya mula berminat dengan permainan di arked. Mungkin semasa ada pertunjukan funfair di Sungai Besar atau di Sabak Bernam, Selangor.