Dakwa air bersih 'terbuang', penduduk gesa SADA siasat

Gambar dimuat naik penduduk di Facebook yang mendakwa berlaku pembaziran air di Taman Ria, Sungai Petani.
Gambar dimuat naik penduduk di Facebook yang mendakwa berlaku pembaziran air di Taman Ria, Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pihak berkaitan digesa menyiasat dakwaan berlaku limpahan air bersih dekat Taman Ria di sini yang dikhuatiri mengakibatkan pembaziran sejak kira-kira sebulan lalu.

Penduduk, Yusseri Mohamad, 63, mendakwa, kejadian disedari bulan lalu apabila air bersih mengalir deras dari longkang di perumahan rumahnya yang dikatakan 'terbuang' begitu sahaja.

Yusseri
Yusseri

Menurutnya, pihak bertanggungjawab digesa melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian selain mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan kerugian.

"Air mengalir dalam longkang memang deras dan saya perasan hampir setiap hari berlaku perkara sama terutama waktu pagi," katanya.

Dakwa Yusseri, limpahan akan berkurangan apabila ramai pengguna mula menggunakan bekalan air untuk mencuci dan memasak.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan penduduk di Taman Ria pada Selasa mendapati air sentiasa mengalir di longkang namun dalam kuantiti yang sedikit.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan penduduk di Taman Ria pada Selasa mendapati air sentiasa mengalir di longkang namun dalam kuantiti yang sedikit.

Laporan sama telah dimuat naik penduduk di media sosial Facebook sehingga menerima pelbagai reaksi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Talib Hussain, 70, berkata, pemantauan dan tindakan sewajarnya perlu dilakukan bagi mengelakkan pembaziran air bersih.

Talib
Talib

Katanya, mengambil kira masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Kuala Muda, limpahan air tersebut sepatutnya boleh digunakan bagi menampung keperluan penduduk.

"Jika air melimpah atau berlaku kebocoran, minta depa (mereka) pantau dan baiki mana yang rosak, kasihan penduduk yang terputus bekalan seperti di Merbok dan lain-lain, sedangkan air di sini terbuang begitu sahaja," jelasnya.

Sinar Harian bagaimanapun telah memaklumkan perkara itu kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA).

SADA melalui maklum balas ringkas menjelaskan, akan merujuk kepada pengurusan tertinggi syarikat itu berhubung perkara berkenaan.