Kompleks Masjid Tahfiz Al‑Ayubi buka ruang luas generasi muda tuntut ilmu agama

Kompleks Masjid Tahfiz Al‑Ayubi yang masih dalam pembinaan di Pasir Mas.
Kompleks Masjid Tahfiz Al‑Ayubi yang masih dalam pembinaan di Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Pembangunan Kompleks Masjid Tahfiz Al‑Ayubi di Kota Siti Mariam, Pulau Buih, di sini bakal membuka ruang lebih luas untuk generasi muda menuntut ilmu agama sambil menjadi pusat aktiviti dan perhimpunan masyarakat setempat.

Pengerusi Masjid Tahfiz Al‑Ayubi, Zulta Ayub Daud berkata, projek yang dirancang sejak 6 Jun 2006 itu dimulakan pembinaan fizikal pada 3 Mac 2023 dan kini sudah mencapai 50 peratus siap.

“Kompleks ini merupakan masjid tahfiz pertama di Pulau Buih yang mampu menampung 600 jemaah pada satu-satu masa selain menyediakan ruang pengajian bagi pelajar tahfiz dan aktiviti keagamaan lain.

“Projek ini dijangka menjadi salah satu mercu tanda keagamaan dan pendidikan penting apabila siap sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kompleks seluas 3,883 meter persegi itu akan merangkumi bangunan masjid utama, kuarters guru dan pelajar.

“Kompleks ini juga akan dilengkapi parkir, padang, dataran, dewan makan, dewan terbuka dan keseluruhan sistem pendawaian elektrik, pembesar suara serta tempat wuduk,” ujarnya.

Menurut Zulta, tujuan utama pembangunan kompleks ini adalah untuk memperkasakan pendidikan agama dalam kalangan generasi muda dan menyediakan ruang kondusif untuk pengajian al-Quran serta program keagamaan masyarakat.

“Masjid ini bukan sahaja menjadi pusat ibadah tetapi juga pusat komuniti yang dapat menyatukan penduduk tempatan melalui pelbagai program keagamaan, sosial, dan kebajikan,” katanya.

Tambahnya, kos keseluruhan bagi pembinaan kompleks dianggarkan sebanyak RM13.7 juta dan setakat ini, pihak pengurusan menerima sumbangan infaq berjumlah RM2.55 juta, menunjukkan sokongan awal daripada komuniti tempatan dan dermawan.

Artikel Berkaitan:

Bagi yang ingin memberi sokongan tambahan, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Masjid Tahfiz Al‑Ayubi 03120010014936 atau menghubungi Zulta di talian 012‑951 9426 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Ringkasan AI

  • Pembangunan Kompleks Masjid Tahfiz Al‑Ayubi di Pasir Mas akan menjadi pusat pendidikan agama dan aktiviti masyarakat
  • Pembinaan bermula pada 3 Mac 2023 dan sudah 50% siap
  • Mampu menampung 600 jemaah dan menyediakan ruang bagi pelajar tahfiz
  • Merangkumi fasiliti seperti kuarters guru dan pelajar, parkir, dan sistem keselamatan lengkap
  • Kos pembinaan RM13.7 juta dengan sumbangan awal RM2.55 juta dari komuniti tempatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!