Fomca gesa BNM desak syarikat insurans tidak guna ‘Endorsement 106’

Fomca menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) supaya mendesak syarikat insurans untuk mengeluarkan ‘Endorsement 106’ dan istilah bengkel panel daripada polisi perlindungan kereta persendirian. Gambar hiasan
Fomca menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) supaya mendesak syarikat insurans untuk mengeluarkan ‘Endorsement 106’ dan istilah bengkel panel daripada polisi perlindungan kereta persendirian. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) supaya mendesak syarikat insurans untuk mengeluarkan ‘Endorsement 106’ dan istilah bengkel panel daripada polisi perlindungan kereta persendirian.

Presiden Fomca, Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, langkah itu penting bagi memastikan kebebasan kepada pengguna untuk membuat pilihan terhadap mana-mana bengkel yang berdaftar di bawah Skim Pembaikan Diluluskan Persatuan Insurans Am Malaysia (PARS).

Jelas beliau, perkara itu juga perlu dilaksanakan kerana ‘Endorsement 106’ yang menetapkan pelanggan polisi untuk menghantar kenderaan kepada bengkel khusus itu telah dibatalkan oleh BNM pada 2016.

“Fomca serta NCCC (National Consumer Complaint Centre) menerima banyak aduan berkenaan dengan penanggung insurans yang mendesak pengguna untuk mengalihkan kenderaan mereka ke bengkel panel mereka.

“Syarikat insurans menjadikannya lebih menyusahkan pengguna kerana kelewatan dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan.

“Sesetengah pengguna hanya mempunyai satu kenderaan untuk digunakan dan ramai yang terpaksa keletihan mental kerana perkara ini.,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan akhbar oleh N Marimuthu pada Isnin.
Kenyataan akhbar oleh N Marimuthu pada Isnin.

Mengulas lanjut, N Marimuthu berkata, semakan dilakukan pihaknya mendapati ada syarikat insurans yang meletakkan ‘Endorsement 106’ secara tersirat dalam polisi insurans kenderaan persendirian mereka.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, perkara tersebut membingungkan pengguna dan ia juga boleh mewujudkan skim perniagaan yang tidak sihat antara penanggung insurans, pelaras serta panel Bengkel.

“Pengguna umumnya tidak berpuas hati kerana mereka terpaksa mengalihkan kenderaan mereka yang rosak kepada bengkel yang mereka tidak mahu.

“Ramai pengguna mempunyai mereka bengkel pilihan, tetapi dinafikan kebebasan memilih kerana ‘endorsement’ ini yang bertentangan dengan hak pengguna,” ujarnya.

Sehubungan itu, N Marimuthu berkata, BNM perlu menghentikan isu itu kerana mereka perlu memperjuangkan perkara termaktub dalam Layanan Adil Pengguna Adil (FTFC) di mana penanggung insurans serta penyedia perkhidmatan kewangan (FSP) lain mesti mematuhi dan melindungi pengguna.

Katanya, BNM juga bertanggungjawab memastikan agensi diwujudkan untuk pengguna bagi mengadukan masalah mereka terhadap syarikat insurans adalah bebas daripada sebarang cengkaman syarikat insurans dan lebih berpihak kepada pengguna.