Siasat kelulusan kerja pengeluaran pasir di Segari

Laporan Sinar Harian. (Gambar kanan: Muhamad Arafat)
Laporan Sinar Harian. (Gambar kanan: Muhamad Arafat)
A
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak meminta kerajaan negeri menyiasat dan menetapkan syarat pembangunan yang jelas terhadap kerja-kerja pengeluaran pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari di sini.

Ketua Penerangannya, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui sekiranya berlaku kesilapan dalam mengeluarkan kelulusan yang tidak selari dengan Rancangan Fizikal Negara (RFN) di kawasan terbabit.

"Merujuk kenyataan syarikat berkenaan, timbul beberapa persoalan bagaimana status tanah tersebut ditukar kepada perindustrian sedangkan dalam RFN kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar tahap satu.

"Bagaimana syarikat boleh mengumumkan untuk membangunkan sebuah kilang keluli bersepadu berikutan dalam RFN menyatakan dengan jelas bahawa tidak boleh dibangunkan untuk sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali pelancongan eko yang berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, dakwaan kerja-kerja penggantian dan pengeluaran pasir yang tidak akan menimbulkan risiko alam sekitar itu dilihat sebagai tidak berasas.

"Kerja-kerja penggantian dan pengeluaran pasir yang dijalankan secara dalaman oleh syarikat di kawasan tersebut sudah tentu akan berlaku perubahan struktur fizikal kawasan pantai menyebabkan tidak sesuai lagi untuk penyu mendarat dan bertelur di kawasan tersebut.

"Justeru itu, kita berharap kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu selari dalam ketetapan dan kelulusan melibatkan alam sekitar untuk mengelak masalah seperti ini berulang," katanya.

Artikel Berkaitan: