Ribut: Kerajaan negeri hulur bantuan awal

Mohd Hairi (dua dari kiri), berkata sesuatu ketika melawat kawasan yang dilanda ribut pada Khamis.
Mohd Hairi (dua dari kiri), berkata sesuatu ketika melawat kawasan yang dilanda ribut pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan awal melibatkan barangan keperluan asas kepada mangsa ribut di Kampung Melayu Majidee, Rabu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkata, bantuan awal berkenaan diharap bakal membantu mangsa-mangsa terjejas akibat ribut berkenaan.

Mohd Hairi
Mohd Hairi

"Selain bantuan awal berkenaan, kaji selidik terhadap kos penilaian yang terjejas akan dirujuk kepada pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

"Seterusnya ia akan dimasukkan anggaran kerugian oleh pihak JKM," katanya.

Untuk rekod, lebih 50 rumah terjejas dalam kejadian ribut Kampung Melayu, sekitar jam 2.48 petang Rabu.

Bagaimanapun Mohd Hari berkata, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kampung Melayu Majidee bagi menempatkan mangsa ribut di kampung tersebut sebaliknya dewan berkenaan dijadikan sebagai bilik gerakan bagi membantu mangsa ribut berkenaan.

Katanya, setakat ini pihaknya mendapati tiada keperluan bagi PPS dibuka di kawasan berkenaan ketika ini.

"Tiada mangsa yang nak pindah ke PPS kerana lebih selesa tinggal dengan keluarga atau adik beradik," katanya.