[VIDEO] Selamba buang, bakar sampah terbuka

BATU CAVES - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan seorang lelaki yang melakukan pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah di Taman Raintree di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, perbuatan lelaki tersebut dapat dilihat secara jelas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan hotspot itu pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, lelaki tersebut tiba di lokasi sekitar jam 6 petang dengan menaiki van Nissan Vanette biru sebelum membuang beberapa sampah termasuk tilam bujang dan kemudian membakarnya.
"MPS kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menyebabkan kacau ganggu dari segi kebersihan kepada penduduk setempat dan asap pembakaran menyebabkan pencemaran alam sekitar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, MPS sedang melakukan carian maklumat lelaki berkenaan dan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Akta Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.
"Kita ada imej jelas pelaku dan akan mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan di lokasi kejadian," katanya.
Ahmad Fauzi turut menasihatkan orang ramai mengelakkan pembakaran terbuka dan menghubungi MPS jika berlaku kejadian pembuangan sampah yang tidak sistematik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pesawah harap insentif khas dalam Bajet Kedah 2027
12 November 2026 01:22pm1,175 pelajar cipta jualan RM3.12 juta dalam PROTUNe 2026 anjuran PKNS
12 November 2026 12:56pmUsia emas kekal aktif, hidup lebih berkualiti
12 November 2026 12:56pmRumah Ngaji erat hubungan komuniti cara santai
12 November 2026 12:13pmNubhan buat laporan polis, dakwa rumah didatangi pemiutang cari Dr Fie
11 November 2026 10:55pmPemain bola sepak maut akibat jantung terhenti ketika latihan
12 November 2026 07:54amJentera calon PH maut kemalangan
11 November 2026 03:09pmKareena Kapoor dikenakan notis undang-undang pakai loket tertera ayat Kursi sambut Deepavali
12 November 2026 10:04am- Iklan -- Iklan -

