Isu bantuan lambat mangsa banjir kes terpencil: MB Johor

Hasni (tengah) bergambar bersama pimpinan Johor dan pemenang Anugerah Ikon Keusahawanan pada Anugerah Keusahawan Johor 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini pada Isnin.
Hasni (tengah) bergambar bersama pimpinan Johor dan pemenang Anugerah Ikon Keusahawanan pada Anugerah Keusahawan Johor 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Isu kelewatan bantuan kepada mangsa banjir di Johor seperti didakwa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya kes terpencil.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, sumbangan kepada mangsa bencana adalah keutamaan kerajaan dan mungkin apa yang ingin dibangkitkan Syed Saddiq hanyalah salah faham.

"Saya sudah menekankan bahawa soal banjir bukan pertama kali berlaku di Johor. Kalau ada kelewatan, itu adalah kes-kes terpencil sahaja.

"Mungkin ada sedikit salah faham. Ada kata jumlah di situ (pusat pemindahan sementara) hanya 10 keluarga tapi yang ada mungkin 15 keluarga atau mungkin khemah itu lambat sikit sampai.

"Perkara-perkara begitu saya tidak merasakan adanya sebarang masalah yang timbul seperti dibangkitkan oleh Syed Saddiq," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Keusahawanan Johor 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga Presiden Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menerusi laman Twitternya, mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Syed Saddiq juga mendakwa terdapat keluarga di Muar yang merayu kepada pihaknya untuk mendapatkan pertolongan kerana tidak menerima sebarang bantuan sejak daerah itu dilanda banjir.

Dalam pada itu, Hasni berkata, anggaran kerugian banjir di Johor hanya boleh ditafsirkan setelah bencana banjir itu pulih sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pada masa sama, kerugian-kerugian ditafsirkan dalam bentuk harta benda termasuk kerosakan pada kebun, ladang dan sebagainya.