Syed Saddiq syor hapus sistem pencen ahli politik

Syed Saddiq - Foto Bernama
Syed Saddiq - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menghapuskan sistem pencen bagi seluruh ahli politik dan mengembalikan sistem caruman.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kaedah itu dilihat tidak adil jika dibandingkan dengan penjawat awam yang telah berkhidmat dalam tempoh lebih lama berbanding ahli politik.

“Saya sarankan kerajaan hapuskan sistem ini termasuk bagi diri saya sendiri kerana bagi penjawat awam, mereka perlu bekerja lebih 30 tahun dan baru berhak menerima pencen.

“Berbeza dengan ahli politik, mereka baru masuk pejabat terus layak menerima pencen seumur hidup. Bukan satu malah bertingkat-tingkat membabitkan pencen ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri dan speaker,” katanya hantaran di akaun TikTok miliknya pada Rabu.