Kes buli: Nasib 10 pelajar MRSM di tangan pendakwa raya

Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu kes buli membabitkan 10 orang pelajar MRSM Kuala Kangsar bulan lepas.
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu kes buli membabitkan 10 orang pelajar MRSM Kuala Kangsar bulan lepas.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu kes buli membabitkan 10 orang pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaakob berkata, kertas siasatan kes itu telah dilengkapkan pada 17 Disember dan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya negeri Perak untuk tindakan seterusnya dua hari lepas.

“Kes membabitkan 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar ini telah selesai disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jadi sekarang ia di bawah (tindakan lanjut) pihak pendakwa raya,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah pada Khamis.

Beberapa media sebelum ini melaporkan polis telah mengambil keterangan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang 15 tahun yang dipercayai terlibat dalam satu kes buli, susulan penularan video berdurasi 10 saat di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut. - Bernama

Artikel Berkaitan: