35 kertas siasatan babit kerugian RM2.2 juta

Kamarul Zaman
Kamarul Zaman
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 35 kertas siasatan dibuka dalam tempoh enam hari, bermula 17 Ogos lalu membabitkan kes penipuan penyamaran talian atau 'phone scam' dan penipuan pelaburan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia membabitkan kerugian Sebanyak RM2.2 juta dengan mangsa berusia antara 35 hingga 80 tahun.

Menurutnya, sebanyak 22 kertas siasatan bagi 'phone scam' dengan kerugian bernilai RM1.43 juta sementara 13 kes penipuan pelaburan tidak wujud merekodkan kerugian sebanyak RM808,564.

"Bagi kes 'phone scam' kebanyakan mangsa mengalami kerugian antara RM2,000 hingga RM284,831.

"Bagi kes 'phone scam' kebanyakkan mangsa mengalami kerugian antara RM2,000 hingga RM284,831. Tiga kes mencatatkan kerugian mangsa melebihi RM200,000.

"Manakala bagi pelaburan tidak wujud pula, jumlah kerugian yang dialami mangsa antara RM2,260 hingga RM275,141. Dua kes mencatat kerugian lebih RM200,000," katanya.

Menurut Kamarul Zaman, kes penyamaran talian kebiasaannya menyamar sebagai pihak penguatkuasa termasuk PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta beberapa agensi lain termasuk syarikat penghantar.

"Sindiket ini akan menghubungi mangsa dan menyatakan mangsa terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang dan akaun bank mereka akan dibekukan, seterusnya ditangkap.

Artikel Berkaitan:

"Panggilan ini akan disambung ke agensi berlainan dan menawarkan penyelesaian kes, dengan mangsa perlu membuat sejumlah bayaran atau memindahkan wang ke dalam akaun atas alasan untuk siasatan dan wang akan dikembalikan.

"Seterusnya, mangsa yang panik dan takut akan ikut arahan dan sedar ditipu selepas suspek gagal dihubungi," ujarnya.

Bagi kes pelaburan tidak wujud pula, Kamarul Zaman memberitahu sindiket akan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Telegram.

Katanya, sindiket akan mempromosikan pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat dengan modal minima.

"Sindiket ini juga akan berkongsi testimoni pelaburan yang berjaya dengan pulangan tinggi. Mangsa akan tertarik dan membuat pelaburan dengan memasukkan wang ke akaun seperti diarahkan.

"Mangsa hanya menyedari ditipu setelah mereka tidak menerima sebarang pulangan dan dikeluarkan dari group pelaburan itu. Bagi kes ini disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Seterusnya, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada, dan dapatkan info berkaitan penipuan di laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi mengetahui modus operandi terbaru sindiket.

"Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, sila hubungi Nasional Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan menyekat pengaliran keluar wang ke akaun suspek," katanya.