Penunggang motosikal maut digilis lori muatan simen

Gambar tular memaparkan keadaan di lokasi kemalangan di Jalan Tun Razak di sini pada Rabu.
Gambar tular memaparkan keadaan di lokasi kemalangan di Jalan Tun Razak di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori muatan simen di Jalan Tun Razak di sini pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Faizol Mat Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem NG999 pada jam 4.23 petang.

"Seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Faizol berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.34 petang mendapati mangsa seorang lelaki berusia 40-an digilis oleh lori berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!