68 menara telekomunikasi di Negeri Sembilan terjejas teruk

Annuar (tiga, kanan) bersama sukarelawan Komuniti Keluarga Malaysia KKMM dan Rumah Prihatin mengagihkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Cennah. - Foto Bernama
Annuar (tiga, kanan) bersama sukarelawan Komuniti Keluarga Malaysia KKMM dan Rumah Prihatin mengagihkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Cennah. - Foto Bernama
A
A
A

JELEBU - Terdapat 68 menara telekomunikasi di Negeri Sembilan terjejas teruk akibat banjir pada Sabtu lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 57 menara sudah dibaik pulih dan 11 lagi menara memerlukan sedikit masa berikutan beberapa faktor.

“Antara faktornya ialah jalan terputus, tiada bekalan elektrik selain kabel fiber optik mengalami kerosakan teruk.

“Kita menjangkakan dalam tempoh 10 hari lagi kesemua 11 menara berkenaan dapat dipulihkan,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Balai Raya Kampung Chennah, di sini pada Ahad.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Sukarelawan Komuniti Keluarga Malaysia dengan pelbagai badan bukan kerajaan sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 600 mangsa banjir di Kampung Chennah.

Hadir sama Ahli Parlimen Jelebu yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Mokhtar Hussain serta ketua-ketua jabatan dan agensi KKMM.

Dalam pada itu beliau berkata, lebih 70 peratus daripada 1,000 menara telekomunikasi di seluruh negara yang rosak akibat banjir sudah dipulihkan.

Artikel Berkaitan:

Annuar berkata, ketika ini kakitangan syarikat telekomunikasi bekerja 24 jam bagi memastikan liputan komunikasi dapat dipulihkan pada minggu depan.

“Kos pembaikan menara komunikasi yang rosak dianggarkan berjumlah ratusan juta ringgit,” katanya. - Bernama