Tak pernah hadir Dewan Negara, Rais 'kirim salam' pada Hamzah

Rais hari ini menegur Hamzah yang didapati tidak pernah hadir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 Dewan Negara.
Rais hari ini menegur Hamzah yang didapati tidak pernah hadir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 Dewan Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim hari ini menegur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didapati tidak pernah hadir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 Dewan Negara.

Teguran itu dibuat Rais ketika menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menjawab soalan jawab lisan.

"Saya nak komen sedikit sahaja, YB Menteri (Hamzah) tidak pernah datang ke Dewan (Negara). Sampaikan salam," ujarnya.

Jonathan dalam reaksinya berkata, "Saya akan sampaikan pesanan itu," jawab Jonathan, secara ringkas.

Teguran berkenaan dibuat ketika Jonathan diminta menjawab soalan berkait penarafan warganegara Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibangkitkan oleh Senator Aziz Ariffin. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!