Najib kekal bersalah

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

Ia selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Rahman bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 lalu.

Ini menjadikan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kedudukan terhadap bekas Presiden UMNO itu dikekalkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

Ketika prosiding keputusan menerusi aplikasi Zoom tepat jam 9.30 pagi, Abdul Karim berkata, mahkamah bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu adalah pengarah bayangan SRC.

Artikel Berkaitan:

“Beliau melantik pengarah lain dalam syarikat itu dan menandatangani surat pelantikan, maka disebabkan itu, semua pengarah mematuhi arahan Najib di mana tiada bukti menunjukkan bahawa mereka tidak mematuhi keputusan berkenaan," katanya.

Sejurus keputusan dibaca, Najib yang hadir dalam aplikasi itu dengan memakai sut hitam, kelihatan tenang tanpa sebarang reaksi.

Dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram berada di pihak pendakwaan manakala Najib selaku perayu diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

ARTIKEL BERKAITAN:Pemindahan RM42 juta tidak diklasifikasi sebagai kepentingan negara