Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu hadir di Mahkamah Rayuan pada Rabu bagi mendengar keputusan rayuan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Ia selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Rahman yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan prosiding keputusan akan dibuat menerusi aplikasi Zoom.

Justeru, pasukan pembelaan yang mewakili Najib dan pendakwaan juga tidak perlu hadir secara fizikal di mahkamah.

Abdul Karim berkata, mahkamah boleh memberi keputusan itu secara dalam talian mengikut Seksyen 15A Akta Kehakiman (Pindaan) 2020.

Seksyen 15A menyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi boleh menjalankan prosiding melalui pautan video, televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik lain.

Ia susulan peguam Harvinder Singh Sidhu yang mewakili Najib memohon prosiding pendengaran permohonan memasukkan bukti baharu pada Rabu dan keputusan rayuan sabitan hukuman penyelewengan dana SRC ditangguhkan.

Harvinder berkata, penangguhan dibuat kerana seorang peguam yang mewakili Najib didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, keputusan ujian kendiri ke atas peguam-peguam termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didapati negatif.

Artikel Berkaitan: