Polis klasifikasi kes pesawat TUDM terhempas sebagai mati mengejut

Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam Selasa. - Foto Bernama
Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis mengklasifikasi kes pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth sehingga mengorbankan seorang juruterbang sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan terperinci berkaitan nahas tersebut bagaimanapun masih dijalankan dan polis akan mengambil keterangan daripada seorang lagi juruterbang yang selamat dalam nahas berkenaan.

"Keterangan daripada juruterbang yang terselamat masih belum diperoleh kerana beliau masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Tragedi Hawk: Mohamad Affendi terima anugerah seminggu sebelum kejadian

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ramli Din.

Dalam kejadian pada malam Selasa, Kapten Mohamad Affendi, 31, meninggal dunia apabila pesawat TUDM yang dinaikinya terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Butterworth.

Seorang lagi iaitu Mejar Mohd Fareez Omar, 33, mengalami kecederaan dan kini dirawat di SHJ dan dilaporkan stabil.

Nahas berlaku kira-kira jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang melakukan latihan penerbangan (Night Flying).

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang pada malam Rabu.