Tragedi Hawk: Mohamad Affendi terima anugerah seminggu sebelum kejadian

Kapten Mohamad Affendi Bustamy - Foto Twitter MyWatch
Kapten Mohamad Affendi Bustamy - Foto Twitter MyWatch
A
A
A

BUTTERWORTH - Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk pada Selasa malam merupakan pemenang Green Endorsement menerusi anugerah inovasi TUDM baru-baru ini.

Berdasarkan laporan di portal rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi, 31, dikurniakan anugerah itu sebagai pengiktirafan setelah berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Anugerah disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang, Selangor pada minggu lepas.

Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa, Kapten Mohamad Affendi terkorban selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.

Dalam kejadian itu, seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Beliau dilaporkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil namun masih di bawah pemantauan pihak hospital.

Jenazah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat pagi ini.

Difahamkan insiden malang itu berlaku ketika kedua-dua mereka sedang melakukan latihan penerbangan malam. - Awani

Artikel Berkaitan: