Covid-19: 68 lagi kematian direkod, 12 BID

KKM melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
KKM melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
A
A
A
KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu berjumlah 29,837, daripada 2,557,516 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 66,793 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 52,235 individu atau 78.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,242 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,780 kes dirawat di hospital dan 536 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan:

Kes ICU membabitkan 285 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 251 lagi memerlukan mesin ventilator. -Awani