Kerajaan belum buat keputusan gantung pesawat pejuang HAWK

Ikmal Hisham dalam sidang media di Pangkalan Udara TUDM Subang.
Ikmal Hisham dalam sidang media di Pangkalan Udara TUDM Subang.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada akan menggantung penggunaan pesawat pejuang jenis Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), susulan nahas membabitkan pesawat jenis itu di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada malam Selasa.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, keputusan mengenainya akan dilakukan setelah mendapat maklumat terperinci daripada jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan.

Menurutnya, buat masa ini TUDM memiliki 28 pesawat pejuang HAWK.

"TUDM telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk membuat siasatan menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya dilakukan. Ia termasuklah menyiasat aspek teknikal dan faktor operasi serta latihan.

"Masih terlalu awal untuk kita merumuskan punca kejadian dan perkara berkaitan, namun siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kotak Makanan, Program Bantuan Malaysia kepada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sempena inisiatif gerobok rezeki veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017



Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti

Dalam kejadian pada jam 10.07 malam Selasa, seorang juruterbang maut, manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.

Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Dalam pada itu, Ikmal Hisham berkata, Mohd Fareez kini kritikal, namun stabil dan mengalami kecederaan dalaman serta memerlukan pembedahan segera.

Artikel Berkaitan:

"Jenazah Mohamad Affendi akan dikebumikan di Muadzam Shah, Pahang.

"Saya dan pihak Kementerian Pertahanan dan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berasa sedih dengan kejadian ini dan mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terlibat," katanya.