Kes Covid-19 masih tinggi punca Kelantan belum beralih Fasa 4 PPN

Dr Izani Husin
Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) dan bilangan kes harian jangkitan Covid-19 yang masih meningkat antara faktor utama Kelantan masih belum beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, punca ini dapat diatasi sekiranya rakyat mempunyai disiplin yang tinggi dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Apa yang kita lihat punca penularan Covid-19 adalah sikap kurang disiplin dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan bilangan kes positif Covid-19 semakin meningkat, bagi tempoh tiga hari lepas sehingga semalam 706 kes direkodkan.

"Walaupun kes penularan jangkitan Covid-19 yang dilaporkan adalah kategori satu dan dua tetapi kita tidak boleh ambil mudah dan perlu menghalangnya daripada menjadi penyumbang kepada peningkatan kes di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan 400 kit ujian kendiri kepada Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Kuantan di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, pada Selasa yang turut dihadiri Penolong Pegawai Pemerintah PGA7 Kuantan, Deputi Superintendan Ku Majidin Che Ku Jusoh.

Untuk rekod, Kelantan masih berada dalam Fasa Tiga PPN sejak 18 Oktober lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: