X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Stadium Nasional Bukit Jalil venue final Piala Malaysia 2021

SNBJ jadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2021
A
A

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) memutuskan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada 30 November ini.

Perkara itu disahkan Liga Bolasepak Malaysia selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021 yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan, semalam.

Antara yang hadir pada mesyuarat pertama itu ialah wakil agensi yang terlibat dalam penganjuran sempena 100 tahun Piala Malaysia termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Ticket Hotline International Sdn Bhd, Datuk Zairil Ayu Ibrahim; Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad; Wakil Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd Nadzri Abd Wahab dan Ketua Jabatan Sains Sukan FAM, S Sivanesvaran.

“Kesemua pihak diberikan taklimat secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir itu termasuk daripada aspek operasi dan teknikal, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, keselamatan, pengangkutan dan penjualan tiket secara dalam talian pada final yang bakal berlangsung pada 30 November 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil,” kata MFL.

Untuk rekod, final Piala Malaysia ini merupakan perlawanan pertama yang berlangsung di SNBJ selepas hampir dua tahun sunyi tanpa sebarang pertandingan mahupun kejohanan bola sepak.

Kali terakhir SNBJ digunakan adalah pada 9 November 2019 ketika Harimau Malaya menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan kelima Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!