Aksi suku akhir Piala Malaysia selepas undian ACL, Piala AFC

Foto: Infografik Malaysian Football League.
Foto: Infografik Malaysian Football League.
A
A
A

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) akan menetapkan jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2023 selepas selesai undian pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023/2024, pada Khamis.

MFL, dalam kenyataan, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas tiga kelab Liga Malaysia (Liga-M) terdiri daripada juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan beraksi dalam ACL manakala Sabah FC serta Terengganu FC berentap bagi Piala AFC.

"AFC memaklumkan undian bagi kedua-dua pertandingan berkenaan akan berlangsung esok," menurut kenyataan tersebut pada Rabu.

Badan pentadbir Liga-M itu juga mengumumkan bahawa perubahan jadual saingan bola sepak tempatan turut melibatkan Liga Super 2023 serta Piala Cabaran 2023.

Edisi ke-21 ACL dan edisi ke-19 Piala AFC dijangka bermula bulan depan hingga Mei 2024.

Saingan suku akhir Piala Malaysia menyaksikan JDT bakal turun mempertahankan mahkota kejuaraan menentang Negeri Sembilan FC diikuti Terengganu bertemu Selangor FC; Sabah FC berdepan Perak FC dan Kuala Lumpur City FC akan membuat perhitungan dengan Sri Pahang FC.

Aksi suku akhir Piala Malaysia sepatutnya berlangsung pada 15 September ini manakala perlawanan timbal balik pada 23 September.

PIALA MALAYSIA

Artikel Berkaitan:

SUKU AKHIR

JDT lwn Negeri Sembilan FC

Terengganu FC Selangor FC

Sabah FC lwn Perak FC

Kuala Lumpur City FC lwn Sri Pahang FC

*Perlawanan suku akhir, separuh akhir melibatkan aksi timbal balik