X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Kesilapan pemilihan tayar punca Hafizh ketinggalan

Hafizh ketika beraksi di GP Algarve. - FB Official Fan Club Hafizh Syahrin
A
A

KESILAPAN dalam pemilihan jenis tayar terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 pada Grand Prix (GP) Algarve, semalam.

Menurut Hafizh, kesilapan tersebut juga menyaksikan hasratnya untuk mengutip mata pada perlumbaan berkenaan tidak kesampaian.

"Penamat ke-18 adalah satu perjudian pemilihan tayar kerana suhu di trek berada di tengah-tengah antara (penggunaan tayar) lembut dan medium.

"Tetapi akhirnya saya dan ketua pasukan melakukan pilihan yang salah apabila menggunakan tayar lembut," katanya.

Hafizh yang bermula di petak ke-16, dilihat selesa di awal perlumbaan apabila pada satu ketika berada di kedudukan ke-15 namun mulai sukar mengawal jenteranya di pertengahan saingan.

Selepas 17 pusingan perlumbaan, pelumba berusia 27 tahun itu berjaya memungut lapan mata.

Hafizh mempunyai peluang terakhir untuk mengutip mata pada pusingan terakhir musim ini di GP Valencia yang dijadual berlangsung 14 November ini sebelum mengucapkan selamat tinggal di Kejuaraan Dunia.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!