Kesilapan teknikal: 4 calon PN Kedah sama universiti

Kesilapan profil calon PN di Kedah yang memaparkan empat orang mempunyai latar belakang pendidikan sama.
Kesilapan profil calon PN di Kedah yang memaparkan empat orang mempunyai latar belakang pendidikan sama.
A
A
A

PAS Kedah memohon maaf susulan kesilapan profil calon Perikatan Nasional (PN) negeri itu yang memaparkan empat orang mempunyai latar belakang pendidikan sama ketika paparan skrin pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Kedah.

Ketua penerangannya, Mohd Azam Abd Samat berkata, pihak penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat yang tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

Terdahulu beredar tangkapan layar profil empat calon melibatkan Chuah See Heng (Kota Darul Aman), Radhi Mat Din (Alor Mengkudu), Rashidi Abdul Razak (Anak Bukit) dan Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti).

Ia memaparkan latar belakang pendidikan sama iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Marshall, di Huntington, Amerika Syarikat.

Perkara itu diketengahkan pengguna maya, antaranya dengan membangkitkan persoalan sama ada mereka ini rakan sekelas.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily, Mohd Azam berkata, ia berlaku kerana pereka grafik menggunakan template sama tetapi tidak menukar butiran calon lain.

“Bagaimanapun kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin tetapi tidak berlaku kesilapan ketika profil calon dibacakan oleh pengacara majlis,” katanya.

Pas bagaimanapun kemudian mengemukakan profil baharu yang diperbetul.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!