Perlumbaan bina kediaman pencakar langit

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

TINGGAL di Ampang dan bertugas di Shah Alam, perjalanan Merak Jalanan ke pejabat memakan masa hampir satu jam sehari.

Dalam rutin itu, salah satu pemandangan yang Merak Jalanan akan temui adalah perlumbaan pembinaan kediaman pencakar langit di sekitar Cheras, Sungai Besi dan Subang Jaya.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kepesatan pembangunan Lembah Klang menyebabkan permintaan terhadap kediaman semakin tinggi.

Bagaimanapun, saat memandu dan melintasi beberapa kondominium di Cheras, selalu terdetik di hati Merak Jalanan, tinggi dan padatnya bangunan kediaman itu.

Rupanya bukan hanya Merak Jalanan sahaja terfikir benda yang sama. Beberapa hari lalu, salah satu kediaman pencakar langit yang hampir siap di Cheras menjadi viral di media sosial.

Malah ada netizen yang meletakkan gambar kondominium tersebut dengan sebuah kondominium di Hong Kong, untuk menunjukkan betapa kedua-duanya hampir serupa.

Merak Jalanan difahamkan kondominium tersebut setinggi 54 tingkat dengan 3,600 unit.

Biar betul 3,600 unit! Merak Jalanan yang tinggal di apartmen 400 unit pun kadang-kadang terasa ramai dan padatnya penduduk.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan ini bukanlah bijak sangat dari segi perancangan bandar, tetapi adakah kita telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang mencukupi untuk kediaman setinggi itu.

Berada di Cheras yang turut dihimpit kesesakan lalu lintas pada waktu puncak pada sebelah pagi dan petang, Merak Jalanan terfikir apa yang akan terjadi bila semua penghuni menduduki 3,600 unit.

Berbeza dengan di beberapa bandar utama di luar negara, contohnya New York dengan jaringan sistem kereta api bawah tanah yang menyeluruh, lebih 54 peratus penduduknya berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki tren.

Mungkin pihak Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia, boleh memantau dan menjawab mengenai kebimbangan orang ramai mengenai keghairahan perlumbaan kediaman pencakar langit ini.